Quote of a lifetime....

"Sometimes, the one u love turns out to be the one who hurts u the most and sometimes the friend who takes u into his arms and cries when u cry turns out to be the love who u never knew u wanted.."

Friday, October 22, 2010

Mai termenung lagi...


Dia sering memandang wajah aku smbil tersenyum malu sewaktu minggu suai kenal di Universiti namun dia tak tahu pandangan aku lebih terpikat pada gadis yang berdiri sebelahnya..andai dia mengerti ketika itu..




Dia sering menyapa aku setiap kali bersua ke kelas sambil tersenyum sipu namun aku hanya menjawab sekadar acuh tak acuh kerana hati aku sudah tertawan dengan gadis yang sering berjalan beriringan dengan nya..dia masih tidak tahu..





Dia begitu excited and gembira ketika aku bertukar number phone dengan dia namun dia tidak tahu tujuan aku ketika itu untuk mendapatkan phone number kawan nya..aku mintak skali..dia tanya untuk apa..aku cakap saja nak tambah kawan..riak muka dia berubah tapi aku berjaya yakinkan dia..dia senyum..andai dia tahu..




Dia rajin hantar sms hampir setiap hari bertanyakan khabar namun 2 hingga 3 kali seminggu sahaja aku reply..nak call jauh sekali..alasan aku bagi busy ngn assignments..dia tak pernah tahu yang aku sibuk ber sms dengan kawan nya kerana mereka berlainan bilik di kolej..andai dia tahu..




Dia call aku petang sabtu tu ,ajak aku keluar tapi aku terpaksa menolak..kerana aku dah seminggu plan nak dating dengan kawan dia..aku terdengar keluhan kecil ketika itu..aku tanya "u ok"?dia jawab "eh,i'm ok,takpelah.." "next time yer..,"aku cuba bagi harapan...ok,jawab dia lemah sedikit..tapi sejauh mana harapan tu aku sendiri tak tahu..andai dia tahu ketika itu..kerana petang tu jgak aku dah declare couple dengan kawan dia sewaktu keluar bersama..namun dia tak tahu..maafkan aku..





Dia banyak diam ketika aku akhirnya keluar bersamanya..tak banyak cakap..aku cuba pecahkan kesunyian dengan bertanya hal study..lama-lama aku tak sedar betapa ramahnya dia ..gelak tawa tak sudah dengan cerita-cerita kami berdua..she's really something after all..namun dia tak tahu aku dah seminggu bercouple dengan kawan baik dia..god,i felt so guilty buat dia mcm ni..kenapa aku tak berterus terang saja..adakah aku takut kehilangannya...






...........................

....................................




"...bersambung kott...."


p/s:..pe kaitan tajuk entry ni..entah..aku pun tatau