Quote of a lifetime....

"Sometimes, the one u love turns out to be the one who hurts u the most and sometimes the friend who takes u into his arms and cries when u cry turns out to be the love who u never knew u wanted.."

Friday, October 22, 2010

Mai termenung lagi...


Dia sering memandang wajah aku smbil tersenyum malu sewaktu minggu suai kenal di Universiti namun dia tak tahu pandangan aku lebih terpikat pada gadis yang berdiri sebelahnya..andai dia mengerti ketika itu..




Dia sering menyapa aku setiap kali bersua ke kelas sambil tersenyum sipu namun aku hanya menjawab sekadar acuh tak acuh kerana hati aku sudah tertawan dengan gadis yang sering berjalan beriringan dengan nya..dia masih tidak tahu..





Dia begitu excited and gembira ketika aku bertukar number phone dengan dia namun dia tidak tahu tujuan aku ketika itu untuk mendapatkan phone number kawan nya..aku mintak skali..dia tanya untuk apa..aku cakap saja nak tambah kawan..riak muka dia berubah tapi aku berjaya yakinkan dia..dia senyum..andai dia tahu..




Dia rajin hantar sms hampir setiap hari bertanyakan khabar namun 2 hingga 3 kali seminggu sahaja aku reply..nak call jauh sekali..alasan aku bagi busy ngn assignments..dia tak pernah tahu yang aku sibuk ber sms dengan kawan nya kerana mereka berlainan bilik di kolej..andai dia tahu..




Dia call aku petang sabtu tu ,ajak aku keluar tapi aku terpaksa menolak..kerana aku dah seminggu plan nak dating dengan kawan dia..aku terdengar keluhan kecil ketika itu..aku tanya "u ok"?dia jawab "eh,i'm ok,takpelah.." "next time yer..,"aku cuba bagi harapan...ok,jawab dia lemah sedikit..tapi sejauh mana harapan tu aku sendiri tak tahu..andai dia tahu ketika itu..kerana petang tu jgak aku dah declare couple dengan kawan dia sewaktu keluar bersama..namun dia tak tahu..maafkan aku..





Dia banyak diam ketika aku akhirnya keluar bersamanya..tak banyak cakap..aku cuba pecahkan kesunyian dengan bertanya hal study..lama-lama aku tak sedar betapa ramahnya dia ..gelak tawa tak sudah dengan cerita-cerita kami berdua..she's really something after all..namun dia tak tahu aku dah seminggu bercouple dengan kawan baik dia..god,i felt so guilty buat dia mcm ni..kenapa aku tak berterus terang saja..adakah aku takut kehilangannya...






...........................

....................................




"...bersambung kott...."


p/s:..pe kaitan tajuk entry ni..entah..aku pun tatau

Thursday, August 19, 2010

Dek Kerana Jujur..

Hari ini masuk hari kesebelas persekolahan Sekolah Rendah Raja Muda dibuka. Maikel berjalan dengan perlahan untuk masuk ke dalam kelas. Suasana di dalam kelas itu riuh dengan gelagat murid-muridnya yang bermaen sakan sesama sendiri. Namun tiba-tiba suasana jadi senyap sunyi.Derapan langkah seorang guru semakin hampir dan berjalan menuju ke kelas. Guru kelas tersebut yang bernama cikgu Aisya masuk dengan membawa beberapa buah buku..

Setalah buku disusun kemas diatas meja,cikgu Aisya mula mengatur langkah mengambil kapur tulis dan mencoret sebuah perkataan di papan hitam…semua mata murid-murid khusyuk tertumpu ke papan hitam..



‘CITA-CITA SAYA..’



Selesai menulis,cikgu Aisya berpaling dan menghadap murid-murid kelasnye..

“Hari ni cikgu nak kamu semua beritahu cikgu tentang cita-cita kamu! Seorang demi seorang bangun dan cakap dengan kuat supaya rakan-rakan yang lain boleh dengar. Mula dengan Kristin, apa cita-cita kamu?” soal cikgu Aisya.

“Saya nak jadi cikgu, cikgu!”

“Kenapa?” soal cikgu Aisya lagi.

“Sebab boleh mengajar murid-murid jadi pandai macam cikgu!”

"hai murid2..saye cekgu Aisya.."


“Bagus, Kristin! Baiklah, apa cita-cita awak pula, Robet?” soal cikgu Aisya pada Robet.

“Saya nak jadi juruterbang, cikgu!”

“Kenapa?” soal cikgu Aisya lagi.

“Sebab boleh bawa kapal terbang. Nanti saya boleh beli kapal terbang sendiri dan bawa keluarga saya pergi mana-mana!”


pilot terlampau..


“Bagus, Robet! Monika? Apa cita-cita awak?” soal cikgu Aisya pada Monika.

“Saya nak jadi artis, cikgu!”

“Kenapa?” soal cikgu Aisya lagi.

“Sebab boleh jadi terkenal dan mengharumkan nama negara, cikgu!”

“Bagus, Monika! Tapi jangan lupa pada pelajaran. Jadi artis, mesti kena pandai! Awak pula Ronel?” soal cikgu Aisya pada Ronel.


"oh lisa..."


“Saya nak jadi polis, cikgu!”

“Kenapa?” soal cikgu Aisya lagi.

“Sebab boleh tangkap orang jahat dan boleh pegang pistol!”


"jgn tembak klau tak saye gerak.."


“Bagus, Ronel! Pegang pistol sebab nak tangkap penjenayah itu bagus!” puji cikgu Aisya.

Semua murid-murid dalam kelas 1 Jujur itu memandang Ronel sambil memuji-muji pelajar itu. Ronel mula rasa bangga. Barangkali semua kawan-kawan Ronel merasa teringin untuk mencontohi cita-citanya. Hidung Ronel sudah membesar hingga ke tahap yang membimbangkan. Bimbang ianya akan membesar sebesar hidung guru besar yang sudah sedia maklum besar.

“Maikel, apa cita-cita awak bila dah besar nanti?” soal cikgu Aisya pada Maikel pula.

“Cita-cita saya lagi hebat, cikgu! Saya nak jadi VIP!”

“Kenapa?” soal cikgu Aisya lagi.

“Kalau saya jadi VIP, saya tak payah lalu jalan ‘jam’ macam bapa saya. Nanti Ronel boleh tolong bukakan jalan supaya saya boleh lalu!”

“Kalau saya jadi VIP, saya boleh berkawan dengan artis terkenal. Nanti Monika boleh kahwin dengan saya sebab saya pun terkenal juga. Lepas tu saya panggil Ronel datang dan kawal majlis kahwin saya!"

“Kalau saya jadi VIP, saya boleh naik kapal terbang tiap-tiap hari dan tak payah guna duit sendiri. Nanti Robet boleh jadi juruterbang saya dan bawa saya dengan Monika pergi luar negeri. Ronel boleh tolong bukakan jalan kami masa nak pergi lapangan terbang”

“Kalau saya jadi VIP, saya boleh hantar anak saya dan Monika belajar di luar negara. Hari-hari anak saya naik kapal terbang dengan Robet. Ronel boleh ‘escort’ dan jaga keselamatan anak saya. Setakat cikgu sekolah biasa macam Kristin tu, tak payahlah nak ajar anak saya!"

Cikgu Aisya, Ronel, Kristin, Robet dan Monika tercengang tak terkata apa-apa. Murid-murid kelas 1 Jujur yang lain pula mengangguk-anggukkan kepala tanda bersetuju dengan cita-cita Maikel.Suasana menjadi sepi.................



**********************


Esoknya, cikgu Aisya minta ditukarkan ke kelas lain sebab dia tak sanggup mengajar murid-murid kelas 1 Jujur terutamanya Maikel yang sememangnya jujur..


"eeiii..geram2..seb baek budak lagi.." -cerpelai edited-


hek3..


Monday, August 16, 2010

aku,dier dan siti ...

           tup..tap...tup..tap..jam terus berdetik dan masa terus berlalu tanpa sedikit pun menunjukkan rase simpati utk menunggu kite..

"16 ogos.."ngomelku sendirian kat opis..aku teringat,rupanya bulan ni da hampir genap setahun hubungan sulit aku dengan siti..Yerr..itu lah siti..teman setia aku selepas lebih 11 bulan menjalin kasih ..hubungan yang mula terjalin sejak mata bertentang mata..aku termenung sendirian...saat ini fikiran aku mula mengimbau kembali saat pertemuan aku degan siti.................

*********************************

             Petang Sabtu  aku bersendirian di rumah..Kicauan sumbang burung2 gagak hitam diluar rumah membantutkan mood aku utk keluar rumah..(ape kaitan..)Slalu nyer ketika ini aku akan bersila diatas sofa dengan secawan milo panas ditgn smbil menonton saluran 411,412,atau 413..xpun 711..jika rasa "alim" sket,aku akan memilih saluran 106..mane tau ade ceramah2 yg best yg bisa menjernihkan kembali hati aku yg sudah pun suci bersih(hek3)..aku turut ditemani kucing aku si oren yg turut same bersila disebelah aku sambil menghirup teh panas sambil mencecah biskut merie..ok,itu tipu melampau..


"xde rancangan al-kuliyyah ke ptg2 ni..haishh"



"hurmmm..sume citer da basi,asyik ulang yg same je.."aku mengeluh sendirian selepas berkali menekan-nekan channel remote astro..takde satu pun rancangan yg menarik ptg2 ni..aku pandang oren yg bersipuh disebelahku,oren membalas pandanganku dengan mimik simpati seolah-olah memahami kebuhsanan yg melanda..kepalanya digeselkan ke peha aku..aku belai2 kepalanyer dengan penuh kasih syg seorang ibu..

"Bosan plak ptg2 ni ..nk buat ape ekk..nk maen chess ngn ko ni oren pn bkn nyer ko pandai..pandai buat sepah ade la.."aku menyindir sinis kat si oren..oren tenung aku dgn pandangan yg menjengkelkan..agak-agak klau diberi kudrat nak je dier bg sedas dua cakaran maut kat pipi aku dgn kukunyer krn mengajaknyer bermaen chess..aku padamkan tv, bangkit dr sofa smbil membawa gelas ke dapur utk dibasuh..sambil tu,aku jeling jam dinding..5.10 ptg..awal lagi..aku menyusul ke bilik selepas itu dan menukar baju..aku nekad nak klua rumah..tinggal oren sendirian..

Petang itu aku memandu sendirian..aku xpasti ke mana hala tuju sbb mmg xde plan pape..aku mengikut naluri hati ni kemana nk dituju..sedar2 aku da kat subang..sedang2 aku memandu,mata aku terpaku pada sesuatu.."Wooww...sexy.."tatkala aku terpesona melihat dier...dier yg aku maksudkan ialah siti..aku bertentangan jalan ngn siti.."xbley lpas ni..peluang baek.."hatiku tertawan.Kire2 200 meter dihadapan aku membuat pusingan U dan dan mencari siti kembali..

"Cantik,..sexy nyer.."aku memuja dalam hati tatkala 1st time bersua dengan siti di sebuah tempat yang aku kurang pasti...

Namun aku tidak pasti samada siti turut terpesona apabila melihat kekacakan aku..aku hanya memerhati siti dari jauh..siti serba hitam bersendirian dengan beberapa lelaki...aku lihat siti pendiam,xbercakap dgn sesiape pun disekelilingnya.."mungkin pemalu kott.."aku berteka teki dlm hati..leka aku merenung siti...namun pertemuan itu hanya sebentar kerana senja sudah mula merangkak..aku harus pulang..sejak itu,aku pendam perasaan kat siti..aku mesti memilikinya sebelum org laen usha line..aku tekad..aku akan jumpe siti next time..


***************

Sebulan selepas itu,pertemuan aku dan siti selame ini berbuah menjadi satu hubungan yg akrab..yes..!,aku x bertepuk sebelah tangan rupanyer..aku berjaya memiliki siti selepas sebulan aku kerap berjumpe dengan nyer..siti sentiasa mendampingi aku sejak itu..aku lihat jejaka-jejaka laen pandang2 aku dengan siti..rata-rata muke diorang xpuas ht kerana aku berjaye mendampingi siti dulu sebelum mereka..siap ade yg bercakaran sesama sendiri kerana jeles tahap giler khinzir..ahh,persetankan mereka sume,siti..janji kite da bersama..


Perkongsian hidup aku ngn siti memahat pelbagai memori suka dan duka..siti mmg x byk karenah..dier seorang yg menurut perintah (cam pantun 2 kerat lak),sket pn xpernah bantah arahan aku,apetah lg nk  menjerit "objection" klau rase xpuas hati mahupun menghunus aku dgn pisau pemotong daging..siti lebih byk berdiam ketika aku berbicara..dier pendengar yg setia..biler aku mrh2,dier pun turut diam..sket pn xberani nk balas kemarahan aku..pernah sekali aku tinggalkan siti dalam hujan lbat,siti kebasahan..kuyup satu badan..tp siti ttap sabar dan berdiam sahaja..klau aku la kan..i rather not say it here in front of da public(speaking skali2..)..i'm proud of u ,siti..kesabaranmu mengkagumkan


sekadar hiasan..
Namun hari tu,aku hilang pertimbangan akal..ntah camner otak aku x balance..slh mkn pil estrogen?mustahil..aku xpasti ape puncanyer,tp aku baran sgt ..kat rumah ,sume bnda aku nk sembur air liur..cicak di siling pn  x terlepas dari kemarahan aku slepas dilempar dgn slipar rmh..berdecit-decit cicak tu atas lantai terlentang cube bernafas selepas lemparan slipar aku direct kene dada nyer..si oren yg awal2 suda merasai aura kemarahan aku cpat2 gi nyorok di sebalik langsir..takut kene skali ..bajet aku xnmpk..aku sergah dier

"omak terkejut den..!"terjerit si oren ketakutan tatkala aku menyergah dier..dan sah2 aku tipu lg... 

hari tu mmg aku da janji nk bawa siti jln2..kebetulan siti da menunggu aku kat lua rmah..klau bwak msuk,kot2 kene serbu..aku klua rmh,siti da menunggu dpan pintu..tp mood aku tgh hot,aku mrh siti skali..xpsl2..siti diam je..

"asal x melawan ni siti?slame ni asyik diam je.." 


"ingat i ni ape..tunggul ke?spanjang kite bersame u xpnah mrh atau berckp ngn i.."suareku smakin tinggi..namun siti tetap membisu..


"woooii bingai..!"sayup2 jeritan suara dr jauh kedengaran.aku berpaling..pak hamid,pak guard security apartment aku berjalan dtg ke arah aku.."yang ko dok memekik ni ape hal?xmalu ke jiran2 sume tgok?"sound pak hamid..aku perhati sekeliling..ramai gak mate2 yg memandang sandiwara aku,siti dan pak hamid..

"hai..saye la pak hamid..kacak kan?"



"siti saye ni bang..saye mrh dier,dier wat bodo,..bisu ke ape..sy pun ade perasaan gak bang..tgok la dier.."terang aku kat pak hamid,merajuk..

pak hamid kebingungan..dier seolah-olah mencari sesuatu..kemudian dier tenung aku lame2...mata nya cube menyorot kepastian 


"ni haa.honda city saye nih....saye pnggil dier siti..saye cuma nk luahkan perasaan..tp dier diam jehh..hangin la satu badan.."explain aku lebey detail smbil jari aku pointing slamber kat kete honda city aku wrna hitam..


"ouuhhh..."ringkas jwb pak hamid..aku perhati tgn kiri dier da mnggigil2 genggam shot gun,..


Aku xingat ape yg berlaku lpas tu..Yang aku ingt pak hamid bersungguh kejar aku dr blakang dgn shot gun nyer sambil menembak membabi tuli..


............


...........................

......................................................................


"Man , da zuhur ni..jom smayang.."bahu aku digerakkan member..serta merta aku tersedar..


Laaa..aku tertido rupenyer sementelah termenung-menung td...


Sebelum aku ke surau,aku simpan kunci kete aku dlm laci..mata aku tertangkap dgn ayat tertera di key chain kete aku..


"Honda ...the POWER of DREAMS.."....hurmmm..btol la agak nyer..


"honda..the power of mimpi.."




Sekian...


"jgn la mare..malu i camni.."






Mari Head Banging..

geleng kepala...

Naik satu darjat, manusia makin lupa munajat. Dulu kecik macam pacat, sekarang sudah besar macam perut tokeh kilang cat. Pantunnya makin kuat tapi bunyinya iras-iras macam lalat. Yang menyokong memekik satu hutan banat, gua yang tumpang dengar asyik terkulat-kulat.


geleng kepala...

Pengemis sekarang makin tambah rezeki. Kalau dulu jangan kata nasi, pencungkil gigi pun tak mampu nak beli. Rezeki bukan jatuh dari atas, cuma tepi jalan rajin mencari. Bukan nasi bukan duit yang digali tapi bayi yang siap ada tali pusat lagi.


geleng kepala...

Buka satu mukasurat, terpampang lima kes rogol. Nak salahkan siapa katanya, kalau bukan pakaian perempuan tu yang tersembul-sembul. Mana tahan bang, mata kitorang asyik terjojol-jojol. Apa susahnya, lepas kenduri besar kitorang cincang kasi dia gol.


geleng kepala...

Tengok tv nampak politik, baca buku pun nampak politik juga. Berebut-rebut nama, tambah lagi ramai penyokong-penyokong ikut bersuara. Bertempik bertekak bergaduh bersorak, masing-masing dah tak ingat dosa pahala. Alahai bangsaku, sememangnya keturunan gua suka berlaga-laga.


geleng kepala...

Saban masa melihat budak baru nak bertatih direjam dan dirobek nyawanya. Habis sumbing seluruh badan sebelum sempat menghafal alif ba ta. Yang menonton hanya kekal menonton, yang membaca cuma diam membaca. Rasa-rasanya manusia makin gila nak jadi gila.



geleng kepala... Sebab gua rasa mereka semua kebal ditegur... Jadi gua cuma geleng kepala... Ada sesiapa lagi nak ikut serta?

Friday, August 13, 2010

ade ape dgn bazaar ramadhan..(samb)

oraitt..ari ni aku sambung blk citer smalam yg xsempat dihabeskan gara2 urusan seri paduka baginda..

***************************

semalam aku citer bab bazaar kat stadium shah alam,seperti yg dikotakan ari ni aku citer bab bazaar kat kompleks pkns..ni kire lubuk rezeki kedua utk singgah sebelum azan berkumandang..


ini lah dier...






               Terletak antara SACC dan kompleks PKNS,bazaar ni mampu menampung kire2 5000 manusia pd satu2 waktu..btol ke tidak.,wallahua'alam sbb aku yg memandai reka fakta tuh..mmg crowded ngn umat manusia..Kat sini xkurang jgak hebatnyer berbanding stadium dari segi cita rasa mahupun rasa cita..gado-gado kuah kacang, kerabu pucuk paku, kerabu mangga ala Thai, acar jelatah, acar rampai, pecal kangkong, kerabu taugeh dan perut, nasi pulut kuning dan serunding daging serta telur masin atau ikan masin sebagai pembuka selera...perghh..u name it bebeh...terembes air liur den..

                 Tp last2 aku pegi sane aku akan balik berbekalkan sebungkus murtabak ayam n daging serta cendol setelah mengerah tenaga dan usaha menempuhi lautan manusia..keh3..aku pn xpaham knp ht aku da tertutup utk menikmati juadah laen..kot2 aku da 'kene' nasi kang2 penjual murtabak brader gerai tuh..keh2..yg tu aku tpu..

"Haa..mari bang..murtabak daging ada..murtabak ayam ada...muruku coming soon."



            Ok lahh..xnk bazir mase panjang2 eloborate bazar pkns,mari kite ke bazar seksyen 2 shah alam yer penonton2 sekalian..disini kire da best port utk usha awek2 UiTM berbuka pasai ade gerai2 skali kat situ incase korang terperangkap dlm kesesakan lalu lintas manusia2..(- -").

           Kat sini mmg penuh ..yg menambah tarikannya majoriti kat situ cek2 awek dan gadis  student2 UiTM yg bertauliah yg dtg secara individu atau pun berkumpulan kecil ..haa..kurang la sket tekanan dan pressure nk mencelah-celah sbb asal badan rs nk baran jek, nmpk cek2 awek UiTM senyum2 kat aku,trus aku cool down secara otomatik..utk pegi ke bazar nih dr rmh aku, aku mmg bersiap lame sket..rambut kene stylo,t-shirt Levis ngn sluar 3/4 short..muke da siap cuci ngn Garnier lime whitening..take care..kasi 2-3 sembur sket cologne adidas kat badan..agak2 da 15 minit ngadap cermin,br aku gerak gi sane..


aku versi mat saleh

    Ok..kite balik smula ke pangkal jalan..bab2 makanan n juadah kat sini,xyah citer byk..mmg macam2..pilihan lauk-pauk seperti ayam goreng madu, daging masak hitam, ikan kari bendi, sayur kobis goreng mamak dan sayur peria goreng kunyit..haa..xtergugat ke tahap iman biler menatap makanan2 nih..antara menu-menu sampingan selera kampung yang disediakan ialah nasi goreng kerabu, pajeri terong, rebung masak lemak, pucuk ubi masak lemak, pucuk paku masak lemak, sambal ikan bilis dan tempe, sotong masak hitam, rendang daging, ayam percik, kacang panjang goreng berlada dan kangkung goreng belacan...pehh..kecur air liur beb..klau ikut nafsu nk je borong sume tp br abes 7-8 keping murtabak je(knp mesti murtabak gak..) ,burrpp..da knyang tersandar..juadah2 sampingan dibeli yg blom disentuh?bungkus blk,simpan dlm microwave buat sahur bsok pg..

Hurmmm..ptg ni aku nk g bazar skyen dua kott..da lame xpekene nasi kukus ayam dara..(knp dinamekan ayam dara..?ayam tu kire blom di'sentuh' ayam jantan laen..?klau ayam da hilang dara atau yg da monopaus camner lak name nyer kan?)




So sesape yg rs shah alamnian tuh,sile2 la hadirkan diri anda di bazar2 ini dan pandai2 la berbelanja ikut kemampuan dan jgn ikot syaiitonn..

ni sume ana yg punyer..



Sekian..


p/s:citer x panjang sbb friday da menjelang...















Thursday, August 12, 2010

ade ape dgn bazaar ramadhan..

yeahh,..encek man kembali lagi dengan beskut cap penampor..skali mkn pasti kene penampor...hek3..sekadar entry...

****************************

 Berkisar ngn ramadhan,bazaar ramadhan pasti menjadi salah satu hot topic di kalangan manusia ketika nk berbuke pose..

"man,kau tau x kat mane bazar ramadhan yg best2 kat pkns shah alam tu..?"sampuk member aku,ijam tibe2..haa..terbukti telahan ku benar..blom pape da smpai petunjuk ..keh3..so aku ingt nk citer psl bazaar ramadhan kat area shah alam

bab bazaar kat tmpat aku nih,setakat ni 3 tempat je aku pegi utk bli stok berbuka..kire byk jgak la pilihan utk berbuke..bazaar stadium shah alam,bazaar pkns,and last but not least bazaar sksyen 2..mari kite tinjau satu persatu yer puan-puan...

Bazaar Stadium Shah Alam

Beliau merupakan bazaar yg terbesar di Shah Alam..ni kire port utama penduduk2 shah alam nak bli lauk pauk dan pelbagai jenis juadah yg slalu mengaburi mata utuk santapan berbuka...pendek kate tanpa beliau,pengunjung2 setia akan menjalankan mogok lapar sambil mmbawa sepanduk  "Kami mahu berbuka..Kembalikan bazaar kami.."..keh2..sekadar hiasan..


ltih pose2 pun ,kami ttap makcik riang.."peace..."



Nk ckp pasal lokasi bazaar nih, aku xsure nk bg exact address.tp snang nmpk stadium shah alam,kat situ la tmpatnyer..konpem..tanpa was2..tp aku sarankam korang bace doa2 utk mngurangkan nafsu perut korang tu sblum pegi sane..bese la ,prot da lpar,nafsu mkn sbg pngganti syaitonn..tambah2 lg nmpk juadah2 yg giler2 menduga dompet korang..klau la dompet tu mampu bersuare..."ape lg bang,time ni la nk pulun abes2..pose sbulan skali je..gunakan aku smpai ko da xmampu dah.."..keh2..tmpat kat sini besar,da amek port parking kete stadium..so pandai2 la bajet nk target tmpat mane korang nk bli..aku xnk citer lebey,nnt hlang rs excited korang nk g sane..

dugaan...hai mambang...


oraitt..seterusnye mari kite singgah ke kompleks pkns...


"excuse me boss..u have a text message.."


eh,ade msg msuk henfon...sat aa..


aisehh,,..disebabkan oleh faktor dan keadaan yg tidak mengizinkan,maka berakhirnyer pertemuan kite disini saje yer puan2..nnt akan aku akan citer bab bazaar lg 2 tuh..wokehh..nk kol 6 da ni..aku pn hengat nk g bazar kat stadium..


cek wallet satt..ade sekeping note merah  je tinggal...selamat aku...keh3


"slamat berbuke..."

Cobaan suare...testing2..


hurmm..finally jari jemari aku yg mulus ni mula menaip dlm ruangan blog nih..ntah ape yg tergerak dlm hati sanubari aku yg suci bersih utk buat blog padahal aku mmg dr sejak azali xpnah nk wat diari idop mengenai aku sdiri mahu pun cek kiah yg dduk sebelah aku..dan jari aku terus menaip..dan menaip..ape jua yg elektron tercetus di neutron2 otak aku,aku taipkan aje...haaa...ape lg eh..org slalu kate sblum strt satu blog,kire kene ade entry...so ni kire halal je lahh...okayy..ini kerena beliau ni xreti bloggin....cukup sekadar mukadimah..

"camner nk wat blog nih.."ujarku penuh konpius
Ramadhan..Puase...Ibadat..

          Pejam celik..pejam celik,da xley pejam lg , da msuk 2nd day kite berpuase demi menuntut kehendak yg Esa..dan aku tidak terkecuali dari list Nya..pendek kate , sume umat Islam di muke bumi ni diwajibkan berpuase kecuali mereka yg ade pnyakit n sakit tertentu..


banyakkan ibadat sempena bulan mulia



              Aku termangu seketika ...asal pale otak nih blank...inginku coretkan sesuatu,namun tgn ni seolah tidak pandai untuk menuturkan ayat2 di papan kekunci..cisst..pk man...come on..i know u can do it........btol agaknyer ckp org,biler perut da kosong,otak pn same la kosong..aku ade bahan nk citer,tp idea nk mencetuskan story tersebut masih xdpt nk dihuraikan..elektron2 otak aku da behenti utk mengecas demi sesuap idea utk coretan ...demmmastaghfirullah...kene pose mulut..aku terpelaah seketika..............................aiseh,aku x zohor lg rupenyer....

            i'll be back...

"bang,saya nk borong satu khemah possible x..?'