Quote of a lifetime....

"Sometimes, the one u love turns out to be the one who hurts u the most and sometimes the friend who takes u into his arms and cries when u cry turns out to be the love who u never knew u wanted.."

Thursday, August 19, 2010

Dek Kerana Jujur..

Hari ini masuk hari kesebelas persekolahan Sekolah Rendah Raja Muda dibuka. Maikel berjalan dengan perlahan untuk masuk ke dalam kelas. Suasana di dalam kelas itu riuh dengan gelagat murid-muridnya yang bermaen sakan sesama sendiri. Namun tiba-tiba suasana jadi senyap sunyi.Derapan langkah seorang guru semakin hampir dan berjalan menuju ke kelas. Guru kelas tersebut yang bernama cikgu Aisya masuk dengan membawa beberapa buah buku..

Setalah buku disusun kemas diatas meja,cikgu Aisya mula mengatur langkah mengambil kapur tulis dan mencoret sebuah perkataan di papan hitam…semua mata murid-murid khusyuk tertumpu ke papan hitam..



‘CITA-CITA SAYA..’



Selesai menulis,cikgu Aisya berpaling dan menghadap murid-murid kelasnye..

“Hari ni cikgu nak kamu semua beritahu cikgu tentang cita-cita kamu! Seorang demi seorang bangun dan cakap dengan kuat supaya rakan-rakan yang lain boleh dengar. Mula dengan Kristin, apa cita-cita kamu?” soal cikgu Aisya.

“Saya nak jadi cikgu, cikgu!”

“Kenapa?” soal cikgu Aisya lagi.

“Sebab boleh mengajar murid-murid jadi pandai macam cikgu!”

"hai murid2..saye cekgu Aisya.."


“Bagus, Kristin! Baiklah, apa cita-cita awak pula, Robet?” soal cikgu Aisya pada Robet.

“Saya nak jadi juruterbang, cikgu!”

“Kenapa?” soal cikgu Aisya lagi.

“Sebab boleh bawa kapal terbang. Nanti saya boleh beli kapal terbang sendiri dan bawa keluarga saya pergi mana-mana!”


pilot terlampau..


“Bagus, Robet! Monika? Apa cita-cita awak?” soal cikgu Aisya pada Monika.

“Saya nak jadi artis, cikgu!”

“Kenapa?” soal cikgu Aisya lagi.

“Sebab boleh jadi terkenal dan mengharumkan nama negara, cikgu!”

“Bagus, Monika! Tapi jangan lupa pada pelajaran. Jadi artis, mesti kena pandai! Awak pula Ronel?” soal cikgu Aisya pada Ronel.


"oh lisa..."


“Saya nak jadi polis, cikgu!”

“Kenapa?” soal cikgu Aisya lagi.

“Sebab boleh tangkap orang jahat dan boleh pegang pistol!”


"jgn tembak klau tak saye gerak.."


“Bagus, Ronel! Pegang pistol sebab nak tangkap penjenayah itu bagus!” puji cikgu Aisya.

Semua murid-murid dalam kelas 1 Jujur itu memandang Ronel sambil memuji-muji pelajar itu. Ronel mula rasa bangga. Barangkali semua kawan-kawan Ronel merasa teringin untuk mencontohi cita-citanya. Hidung Ronel sudah membesar hingga ke tahap yang membimbangkan. Bimbang ianya akan membesar sebesar hidung guru besar yang sudah sedia maklum besar.

“Maikel, apa cita-cita awak bila dah besar nanti?” soal cikgu Aisya pada Maikel pula.

“Cita-cita saya lagi hebat, cikgu! Saya nak jadi VIP!”

“Kenapa?” soal cikgu Aisya lagi.

“Kalau saya jadi VIP, saya tak payah lalu jalan ‘jam’ macam bapa saya. Nanti Ronel boleh tolong bukakan jalan supaya saya boleh lalu!”

“Kalau saya jadi VIP, saya boleh berkawan dengan artis terkenal. Nanti Monika boleh kahwin dengan saya sebab saya pun terkenal juga. Lepas tu saya panggil Ronel datang dan kawal majlis kahwin saya!"

“Kalau saya jadi VIP, saya boleh naik kapal terbang tiap-tiap hari dan tak payah guna duit sendiri. Nanti Robet boleh jadi juruterbang saya dan bawa saya dengan Monika pergi luar negeri. Ronel boleh tolong bukakan jalan kami masa nak pergi lapangan terbang”

“Kalau saya jadi VIP, saya boleh hantar anak saya dan Monika belajar di luar negara. Hari-hari anak saya naik kapal terbang dengan Robet. Ronel boleh ‘escort’ dan jaga keselamatan anak saya. Setakat cikgu sekolah biasa macam Kristin tu, tak payahlah nak ajar anak saya!"

Cikgu Aisya, Ronel, Kristin, Robet dan Monika tercengang tak terkata apa-apa. Murid-murid kelas 1 Jujur yang lain pula mengangguk-anggukkan kepala tanda bersetuju dengan cita-cita Maikel.Suasana menjadi sepi.................



**********************


Esoknya, cikgu Aisya minta ditukarkan ke kelas lain sebab dia tak sanggup mengajar murid-murid kelas 1 Jujur terutamanya Maikel yang sememangnya jujur..


"eeiii..geram2..seb baek budak lagi.." -cerpelai edited-


hek3..


7 comments:

  1. hakhakhak....

    patotnye cmnie...

    sy pon nk jadi VIP... tp cekgu kene ajr sy smpi jadi VIP...

    ReplyDelete
  2. haha.sy xmau jd vip.nnt faymes sgt.skg pun da ckup rimas sbb faymes hahahaha bajet hot n faymes...

    ReplyDelete
  3. salam dari warkah bonda :)

    entry lucu buat senyum untuk hr ni. thanks :)

    ReplyDelete
  4. hihi.. itulah pemikiran kanak-kanak yang x ada dalam pemikiran org dewasa.. imaginasi ngee~

    hai aiman... ika da dapat link blog aiman kat offline mesej td =)

    ReplyDelete
  5. hye..salam singgah 1st time disini. :)


    anne boleyn masuk redmummy.com lerrr..! hehe jom tengok... :)

    ReplyDelete
  6. hahaha :)

    budak-budak, memang comel.

    huhu!

    ReplyDelete

haa..mari2 ..komen la sesuka hatimu asalkan tidak melanggar etika dan enakmen 1989 seksyen 2 kanun seksaan..